The Faiz Ibrahim Shop diasaskan pada tahun 2012 dan akhirnya dibranding pada nama The Faiz Ibrahim Shop untuk nampak lebih mesra di hati pelanggan. Teras penubuhan The Faiz Ibrahim Shop adalah berasaskan kepercayaan. Pada mulanya Founder kami, Faiz Ibrahim hanya merupakan seorang pengumpul gadget tegar dan akhirnya hobinya itu menjadi bualan serta ramai rakan-rakan terdekatnya mula berminat dengan gadget yang sama.


Yang menjadikan The Faiz Ibrahim Shop mula meningkat adalah disebabkan oleh sifat cerewet Founder kami sendiri dimana beliau sentiasa mahukan gadget yang betul-betul Original dan selamat digunakan. Kerana itu beliau berhubung secara langsung dengan pihak Kilang seperti Pineng International dan tidak menggunakan mana-mana orang tengah bagi mengelakkan mendapat barangan tidak original dan mudah membahayakan pelanggannya


The Faiz Ibrahim Shop mempunyai sistemnya sendiri di mana pelanggannya akan yakin bahawa item yang dibeli itu adalah 100% Original dan ianya juga mendapat jaminan Warranty daripada The Faiz Ibrahim Shop sendiri. Jika terdapat apa-apa kerosakan semasa menggunakan powerbank, pihak kami memang mengalu-alukan anda untuk claim warranty pada kami semula kerna itu memang hak anda serta kami memang mahu yang terbaik buat anda.

Berniaga itu jadi lebih seronok apabila kita dapat berikan kebaikan dan kesenangan pada manusia lain 
-    Faiz Ibrahim -