MAKLUMAT PENGHANTARAN :

  1. Kebiasaanya kami akan menggunakan kadar (rate) daripada poslaju dan sebarang kenaikan harga adalah berdasarkan daripada poslaju. Kami tidak mengambil apa-apa untung daripada poslaju serta kai tanggung GST buat anda bagi meringankan bebanan anda ketika membeli.

  2. Kami berhak untuk menukar kadar harga penghantaran pada bila-bila masa sahaja mengikut waktu dan kesesuaian keadaan. Tapi jangan risau, kebiasaanya harga akan masih sama dan inshaaAllah kami akan cuba kurangkan/minimumkan kadar (rate) bagi meringankan anda.

  3. Kebiasaanya kami akan gunakan courier POSLAJU untuk semua penghantaran kami tetapi pihak kami berhak menukar mana-mana courier lain mengikut kesesuaian waktu dan keadaan tanpa perlu memberitahu kepada pelanggan. Kerana yang pentingnya adalah barang itu sampai dengan selamat serta harganya tidak terlampau tinggi.

  4. Tempoh penghantaran kebiasaanya adalah 1-3 hari selepas anda membuat pembayaran dan anda akan terima item anda 1-2 hari selepas kami membuat penghantaran. Jika anda tidak menerima item anda, usahlah cemas, anda boleh hubungi kami di customer service kami 013-7949-104 (whatsapp/call).

  5. Pengiraan pada website www.thefaizibrahim.com.my adalah berdasarkan kadar pada poslaju dan beberapa courier yang lain (Jika Ada)


BARANG DITERIMA :

    1. Jika barang yang anda terima itu terdapat sedikit defect serta kerosakan dan anda tidak berpuas hati ketika mendapatnya, anda boleh terus hubungi kami di customer service 013-7949-104 (whatsapp/call) untuk membuat aduan. Kerosakan haruslah dilaporkan selewat-lewatnya seminggu selepas anda menerima item tersebut. Aduan selepas tempoh itu, ianya tidak akan dilayan. Jadi anda harus check betul-betul item anda.

    2. Kerosakan barang yang boleh kami bantu adalah kerosakan disebabkan defect (kecatatan) pada item serta kerosakan yang disebabkan oleh proses penghantaran.