Combo 3 Books by Faiz Ibrahim
RM56.00
In Stock
Product Code: TFi-BC1
-
+
  • Kombo 3 Buku daripada Faiz Ibrahim (Reinkarnasi Rehabilitasi Regraduasi)
  • Reinkarnasi merupakan detik di mana saya sudah penat dengan rasa kalah dan akhirnya saya pilih untuk bangkit. Ketika ini saya kehilangan segalanya, bapa, cinta, diri sendiri, masa depan dan segala apa yang saya mampu harapkan.
  • Rehabilitasi merupakan detik saya sudah berjaya bangkit dan kadangnya rasa seakan tidak kuat. Rehabilitasi mengajar saya untuk fokus bangkit dan jangan toleh ke belakang lagi.
  • Regraduasi merupakan penamatnya di mana akhirnya saya sudah sedia dengan dunia dan lebih matang. Saya lebih tahu bawa diri, lebih tahu fikir, lebih tahu sabar dan yang pentingnya, lebih tahu apa yang sebenarnya saya mahukan dalam kehidpan.
  • Jika dahulu kisahnya mengenai cinta dan masa hadapan, buku ini akan membawa kalian untuk melengkapkan diri kalian untuk menjadi manusia yang baru. Manusia yang tidak hanya bertuhankan cinta dan lebih tahu bahagia itu bukan pada manusia, tapi pada yang menjadikan dia.
  • Buku ini menambah semangat buat mereka yang mahu lahir secara keseluruhannya dan terbang. Terbang dari dunia yang menghukum, terbang dari mereka yang tidak menghargai dan terbang dari diri yang terlampau cintakan dunia semata.
  • Buku ini bukan buku cerita. Buku ini merupakan sebuah perjalanan. Dari manusia yang menangis ketakutan dan tidak kuat untuk berubah (Reinkarnasi), dari manusia yang sudah kuat tapi diri lamanya seakan cuba membunuhnya semula (Rehabilitasi), kepada manusia yang akhirnya rasa cukup walau hidupnya kurang dan rasa bebas dari dunia lama yang sentiasa suram dan tidak bahagia (Regraduasi).



View details